
Jemaah yang menggunakan pakej ini tidak perlu berasa gusar kerana pihak kami menyediakan perkhidmatan yang lengkap dari pelbagai segi seperti berikut:








Nota: Tiada lawatan ke Hudaibiyah pada bulan Ramadhan




Oleh itu, para jemaah boleh menunaikan ibadah umrah dengan penuh khusyuk dan tawadu’ tanpa perlu bimbang akan segala urusan harian. Di samping itu, jemaah juga akan dibimbing oleh ustaz-ustaz yang berpengalaman, seperti Ustaz Firdaus.
Klik di sini untuk memuaturun jadual dan harga pakej umrah dan ziarah untuk tahun 2013.
Untuk melihat sampel jadual umrah dan ziarah 2012, sila pilih diantara perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jeddah atau dari Kuala Lumpur ke Madinah.
Kami menerima tempahan melalui email, faks ataupun melalui telefon. Tetapi untuk mengelakkan sebarang masalah atau tersalah maklumat, dan untuk rekod, adalah digalakkan untuk membuat tempahan tiket melalui faks ataupun e-mail. Kami akan membuat pengesahan tempahan selewat-lewatnya dalam masa 24 jam (hari bekerja) dari tarikh tempahan tiket di buat bergantung kepada syarat-syarat yang di kenakan oleh pihak penerbangan.

Permohonan visa terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
Umrah biasa: Berdaftar di bawah agensi Abd Aziz Mutlaq Al-Harbi Joint Liability Co. Associates yang beribu pejabat di Makkah, P.O Box 52205 Arab Saudi.
Umrah ziarah: Berdaftar di bawah agensi Thamarat Gharbiyat (SCTA No.1200014) yang beralamat di Jalan Ummul Qura, Near Al-Baik, Makkah P. O Box 16018, Arab Saudi.
Nota: Bukan semua agensi di Arab Saudi diberi lesen untuk mengeluarkan visa ziarah. Thamarat Gharbiyat adalah salah satu agensi yang diberi kepercayaan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk memproses visa ziarah.

Antara hotel-hotel yang telah disewa ialah Safoa Muhammadiyah, Saraya Ajyad, Dar An Nadwah dan Reyadah. Kedudukan hotel-hotel ini juga amat berdekatan dengan Masjidil Haram. Jaraknya adalah dalam lingkungan 70-120m dari masjid.
Manakala di Madinah ialah Durrat Fayroz. Jaraknya lebih kurang 5-10 minit perjalanan kaki dari Masjidil Nabawi.

Untuk tujuan itu, Muhammadiyah Travel & Tours sendiri memiliki 4 daripada 20 buah bas yang diusahakan oleh Syarikat Abu Faisal Transport & Company.

Swiss Food Catering mampu menyediakan makanan untuk 20,000 orang jemaah dalam satu-satu masa. Syarikat ini juga turut menawarkan menu masakan Melayu, Indonesia dan Antarabangsa. Kebersihan dan penyelenggaraan katering ini tidak perlu diragui kerana ianya mematuhi dan memenuhi syarat Piawaian Antarabangsa.