Muhammadiyah mempunyai ‘kitchen house’ yang berlesen di Mekah atas nama Swiss Food Catering. Swiss Food Catering adalah sebuah syarikat yang di miliki sepenuhnya oleh pihak Muhammadiyah Travel & Tours. Swiss Food Catering telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan perkhidmatan katering kepada jemaah ketika berada di Tanah Suci Mekah.
Swiss Food Catering mampu menyediakan makanan untuk 20,000 orang jemaah dalam satu-satu masa. Syarikat ini juga turut menawarkan menu masakan Melayu, Indonesia dan Antarabangsa. Kebersihan dan penyelenggaraan katering ini tidak perlu diragui kerana ianya mematuhi dan memenuhi syarat Piawaian Antarabangsa.