Tentang Anazafera
Anazafera adalah laman web yang ditubuhkan untuk memberi kemudahan kepada para umat Islam untuk mencari pakej umrah dan ziarah yang mantap dengan harga yang berpatutan pada tarikh-tarikh yang bersesuaian.
Pakej-pakej umrah dan ziarah yang ditawarkan di Anazafera adalah disediakan oleh Muhammadiyah Travel & Tours. Kesemua pakej ini adalah termasuk pengurusan visa, pengangkutan dan kenderaan untuk membawa jemaah, hotel di Mekah dan Madinah, dan penyediaan makanan. Kesemua pakej ini juga menggunakan perkhidmatan Penerbangan Malaysia (MAS).
Tentang Ejen
Anazafera diuruskan sepenuhnya oleh Rohana Haji Ibrahim, ejen rasmi yang dilantik oleh Muhammadiyah Travel & Tours untuk menguruskan pakej umrah dan ziarah.
Setelah berpeluang menunaikan umrah dan ziarah dengan anaknya, Ustaz Mohammad Hilmi Rahimahullah, menerusi salah satu pakej Muhammadiyah Travel & Tours pada Jun 2009 yang lalu, Rohana telah bertekad untuk berkongsi kemudahan dan peluang ini dengan seluruh umat Islam di Malaysia. Catatan dan gambar-gambar pengalaman Rohana ketika menunaikan umrah dan ziarah juga direkodkan untuk bacaan dan tatapan para pelawat Anazafera.
Tentang Muhammadiyah Travel & Tours
Muhammadiyah Travel & Tours ditubuhkan pada 23 March 2007 dan merupakan kerjasama bersama Persatuan Muhammadiyah dari Singapura. Persatuan Muhammadiyah ini merupakan persatuan kebajikan di mana banyak membantu mereka yang memerlukan.
Walaupun Muhammadiyah Travel & Tours merupakan syarikat perlancongan yang baru sahaja ditubuhkan di Malaysia, kebanyakan peneraju utama dan pekerja mempunyai banyak pengalaman dalam bidang perlancongan ini dan sedikit sebanyak membantu mengkomersialkan lagi produk-produk dan juga perkhidmatan yang ingin ditawarkan.
Muhammadiyah Travel & Tours didaftarkan di bawah Malaysian Association of Tour & Travel Agents (MATTA). Perkhidmatan dan produk-produk yang ditawarkan adalah lebih kepada umrah dan ziarah dengan pengalaman lebih dari 15 tahun dalam menguruskan perkhidmatan ini walaupun baru ditubuhkan secara rasmi di Malaysia.