Anazafera menawarkan kemudahan untuk membuat tempahan umrah dan ziarah untuk tahun 2012 secara online. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Muhammadiyah Travel & Tours Sdn Bhd sekali lagi berganding dengan Penerbangan Malaysia (MAS) untuk pengurusan pakej-pakej umrah dan ziarah.
Jemaah yang menggunakan pakej ini tidak perlu berasa gusar kerana pihak kami menyediakan perkhidmatan yang lengkap dari pelbagai segi seperti berikut:
Tiket penerbangan KUL/JED/MED/KUL atau KUL/MED/JED/KUL + cukai lapangan terbang
Visa umrah
Meet & Greet di lapangan terbang Jeddah atau Madinah
Pengangkutan dari lapangan terbang ke hotel dan tempat-tempat lawatan
Penginapan selama 3 malam di Madinah (Durrat Fayroz atau setaraf)
Penginapan pada malam selebihnya di Makkah (Ul'uk Al-Faleh I atau setaraf)
Makanan 3 kali sehari oleh Swiss Food Catering semasa di Mekah dan Madinah
Lawatan di Mekah, Madinah dan Hudaibiyah
Nota: Tiada lawatan ke Hudaibiyah pada bulan Ramadhan
Dibimbing oleh ustaz (bagi kumpulan 35 jemaah dan ke atas)
lnsurance kelompok perjalanan
10 liter air zamzam
Beg dan Buku Pandauan Umrah
Oleh itu, para jemaah boleh menunaikan ibadah umrah dengan penuh khusyuk dan tawadu’ tanpa perlu bimbang akan segala urusan harian. Di samping itu, jemaah juga akan dibimbing oleh ustaz-ustaz yang berpengalaman, seperti Ustaz Firdaus.
Klik di sini untuk memuaturun jadual dan harga pakej umrah dan ziarah untuk tahun 2013.
Untuk melihat sampel jadual umrah dan ziarah 2012, sila pilih diantara perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jeddah atau dari Kuala Lumpur ke Madinah.
Kami menerima tempahan melalui email, faks ataupun melalui telefon. Tetapi untuk mengelakkan sebarang masalah atau tersalah maklumat, dan untuk rekod, adalah digalakkan untuk membuat tempahan tiket melalui faks ataupun e-mail. Kami akan membuat pengesahan tempahan selewat-lewatnya dalam masa 24 jam (hari bekerja) dari tarikh tempahan tiket di buat bergantung kepada syarat-syarat yang di kenakan oleh pihak penerbangan.