Anazafera adalah laman web yang menawarkan kemudahan kepada umat Islam yang berhajat untuk menunaikan ibadah umrah dan ziarah dengan selamat dan selesa.
Anazafera dikendalikan sepenuhnya oleh Rohana Haji Ibrahim, ajen rasmi yang dilantik oleh Muhammadiyah Travel & Tours untuk menguruskan pakej umrah dan ziarah.
Muhammadiyah Travel & Tours mempunyai pengalaman dan reputasi lebih dari 15 tahun dalam menguruskan perkhidmatan umrah dan ziarah dengan harga yang berpatutan.

Secara dasarnya, Muhammadiyah Travel & Tours tidak mempunyai kesukaran di dalam membuat tempahan hotel kerana pihak mereka telah menyewa beberapa buah hotel bertaraf 3 bintang di Misfalah, Mekah selama 1 hingga 5 tahun.

Antara hotel-hotel yang telah disewa ialah Safoa Muhammadiyah, Saraya Ajyad, Dar An Nadwah dan Reyadah. Kedudukan hotel-hotel ini juga amat berdekatan dengan Masjidil Haram. Jaraknya adalah dalam lingkungan 70-120m dari masjid.

Manakala di Madinah ialah Durrat Fayroz. Jaraknya lebih kurang 5-10 minit perjalanan kaki dari Masjidil Nabawi.