Anazafera adalah laman web yang menawarkan kemudahan kepada umat Islam yang berhajat untuk menunaikan ibadah umrah dan ziarah dengan selamat dan selesa.
Anazafera dikendalikan sepenuhnya oleh Rohana Haji Ibrahim, ajen rasmi yang dilantik oleh Muhammadiyah Travel & Tours untuk menguruskan pakej umrah dan ziarah.
Muhammadiyah Travel & Tours mempunyai pengalaman dan reputasi lebih dari 15 tahun dalam menguruskan perkhidmatan umrah dan ziarah dengan harga yang berpatutan.

Muhammadiyah Travel & Tours telah menjalankan usahasama dengan Abu Faisal Transport & Company bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang selesa dan selamat untuk memudahkan pergerakan para jemaah ketika di Tanah Suci Mekah dan Madinah.

Untuk tujuan itu, Muhammadiyah Travel & Tours sendiri memiliki 4 daripada 20 buah bas yang diusahakan oleh Syarikat Abu Faisal Transport & Company.